CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Aug 5, 2010

THANK YOU ALLAH

If ALLAH brings you to it
He will bring you through it
In HAPPY moments, PRAISE ALLAH
In DIFFICULT moments, SEEK ALLAH
In QUIET moments, WORSHIP ALLAH
In PEACEFUL moments, TRUST ALLAH
In EVERY moments, THANK ALLAH.

Aug 2, 2010

ZIKIR TAUBAT



Ampunilah hamba, Ya ALLAH, Maha Penerima Taubat

Ampunilah hamba, Ya ALLAH daripada segala dosa

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna

Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan

Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas

Perkenankan taubatku dengan taubat nasuha

Aug 1, 2010

WATCH OUT!!

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny.




Apr 20, 2010

Bidadari Hujan 1

"Nama saya Raimy Haidar. Panggil Rain saja." Aku memperkenalkan diri tanpa ditanya. Itu peraturan pertama dalam berkenalan.
Dia senyum sambil tunjuk kad IDnya. "Tapi biasanya orang panggil saya Lia."
Lia...cantiknya nama tu. Secantik orangnya.
Aku mengisyaratkan dengan tangan yang aku sudah mengingati nama itu dalam otak. Sudah berpunya atau belum agaknya?
Pintu lif terbuka.
Seperti terbuka pula pintu langit mendengar harapanku.

Bidadari Hujan 2

"Siapa tu? Cunnya!" Kening Rafique terangkat bertanya.
"Awek tingkat tujuh."
"Tak pernah nampak pun sebelum ni?"
"Baru kerja dua hari"
"Mana kau kenal dia?"
Aku hanya senyum. Macam tak sabar je suara Rafique ni. Tapi sorry ye, Rafique. Awek tu aku punya!


Bidadari Hujan 3

"Lia balik naik apa?"
"Bas." Sambutnya lembut.
"Duduk di mana?"
"Flat Sri Bandar."
Ooo...aku mengangguk tahu. Dekat pekan tu je rumah dia.
"Duduk dengan famili atau kawan-kawan?" Aku masih bertanya walau Brandon dah beritahu hal tu semalam.
"Famili."
Ooo...aku mengangguk lagi. Pura-pura macam baru tahu.

Bidadari Hujan 4

"Isteri Encik Haidar kerja kat mana?" Lia melontar tanya.
Aku terus terbatuk-batuk dengar soalan tu.
"Calon pun belum ada. Lia carikan untuk saya boleh?" No...no...maksud aku bukan suruh dia carikan calon isteri untuk aku. Maksud aku... Bolehkah Cik Qamalia jadi calon isteri saya?


Bidadari Hujan 5

Aku mengisytiharkan perang dengan Ali. Bukan aku yang mula tapi dia. Tapi ini perang hati dan perasaan saja sebab kalau nak berperang senjata rasanya memang tak berbaloi mati hanya kerana seorang perempuan. Macam manalah aku tak marah dengan Si Ali tu. Minggu lepas dia dah nampak aku hantar Lia balik ke rumah. Dia patut sudah faham yang aku memang ada hati dengan Lia. Aku juga dah minta Brandon hint kat mamat tu yang aku dah tangkap cintan dengan Lia. Tapi kata Brandon....
"He should work harder. I'll be the competitor. The best man wins."
"Ali cakap macam tu?"
Brandon mengangguk dengan serius. Aku yang mendengar terus rasa nak demam.
"Kau translate ke apa yang Ali cakap?"
"Tak...memang dia used English."
Kugosok-gosok leher beberapa kali. Rasa macam nak loya pun ada. Bukan main lagi Si Ali tu. Sengaja nak bahasakan aku dengan bahasa penjajah!
"So...kau kata apa?" Wajah Brandon kurenung rakus. Berharap benar dia dapat mengatakan sesuatu yang boleh menyebelahi aku.
"Aku kata...go for it. I'll be the judge."
"Hampeh!" Harapkan sokong, sokong membawa rebah rupanya. Siap bagi semangat kat Ali supaya bersaing dengan aku!

Bidadari Hujan 6

1...nampak macam batang hidung Ali. 2...itu bilangan bebola mata Ali. 3...nampak macam cuping telinga Ali. 4...masyaallah...apasallah nombor yang aku tengok ni semuanya tak ubah macam rupa Ali?
Sebenarnya, tengahari tadi aku nampak Ali jalan bersaing-saing dengan Lia menuju ke Honda Citynya.Sebaik nampak kelibat dia, urat dikepalaku mula bersimpul. Yang aku nak marah sangat, Ali nampak aku tapi dia buat-buat tak nampak pulak. At least kalau dia senyum, aku tak adalah berasap sangat. Lia, aku memang tak marah sikit pun sebab dia tak nampak aku masa tu. Terlindung dek badan Si Ali.
Yang buat aku lebih berbulu, Ali dengan muka kerek siap tolong buka pintu kereta untuk Lia. Macamlah Lia tak reti nak buka sendiri. Aku tahu dia sengaja nak menunjuk-nunjuk kat aku.
Yang buat aku lebih geram, sebelum masuk dalam kereta, Ali sempat pandang sekilas kat aku yang duk tercatuk depan pintu lobi. Bukankah Ali memang sengaja memprovokasi?

Bidadari Hujan 7

"Cantiknya." Kata Lia.
Matahari yang bulat merah sedang turun dihujung horizon.
"Hmm...memang cantik. Itulah yang duk risau tu."
Lia berpaling pandang aku. "Risau tengok matahari?"
"Tak. Risau dengan orang yang tengah tengok matahari."
"Cemburu lagi ye?"
"Taklah. Takkan tengok sunset pun nak cemburu." Aku cemburu dengan Ali je!


Bidadari Hujan 8

Pinggangnya kuraih dalam pelukan. Agak ramping. Jari-jemariku lembut menelusuri setiap inci tubuhnya. Sangat menggiurkan. Sudah lama dirinya tidak kupeluk sedemikian rupa. Alangkah rindunya.
Lia...

Bidadari Hujan 9

Sampai hari ni, lagu yang aku nak nyanyi malam dinner nanti masih belum jumpa-jumpa.Sudah dekat sepuluh lagu aku teliti. Belum ada satu yang aku berkenan. Ada yang tangkap leleh sangat. Aku kurang suka. Yang rancak pula mungkin kurang feel. Takut pernyataan perasaan aku pada Lia tak sampai nanti. Atau sudahnya nanti aku ikut je lah cakap Kak Min. Nyanyi lagu 'Aku Semut Merah'. Dan hari Isnin depan tu aku pergi kerja pakai purdah. Ali mesti akan tunggu aku depan pintu lobi sambil dengan muka kerek cakap macam ni kat aku...
"You have run towards the fear, Rain. And I just want to say that... you did it. Congratulations, Semut Merah!" Dan aku sudah dapat membayangkan Ali akan melontarkan tawa sekuat tenaga sampai berapi telinga aku macam kena gigit dengan semut merah. Oh! Tidak sama sekali!

Bidadari Hujan 10

"Wow...Rain ke ni?" Mata Kak Min tak berkelip memandang aku.
"Rain...you look so gorgeous." Kata Abigail yang pakai dress hitam...nampak sedikit seksi.
"Kau nampak sepuluh tahun lebih muda, Rain. Tergoda akak." Kak Mas bersuara.
"Janganlah puji saya lebih-lebih. tergagap pulak atas pentas tu karang." Aku cuba meredakan rasa 'perasan handsome' yang sudah membuak-buak keluar dari hati aku.

Bidadari Hujan 11

"Macam ni lah, Rain. Papa minta Rain buat satu perkara je lagi sebelum betul-betul buat keputusan." Mata papa melekat lama pada wajahku.
"Apa dia, pa?"
"Solat istikharah!"
Papa berlalu.
Hatiku tergetar mendengarnya langsung menyebabkan aku terdiam. Aku tiba-tiba diselubungi bimbang. Bagaimana kalau selepas solat itu kutunaikan, wajah yang hadir dalam mimpi aku bukan wajah Lia?

Bidadari Hujan 12

"Cubalah kau terang betul-betul kat dia orang. Takkan sebab taraf nak suruh kau putus dengan Lia.Aku rasa keluarga Lia tu tak de lah susah sangat."
"Aku dah habis terang, Fiq. Nenek aku tetap jugak nak budak Ipoh tu. Papa aku siap suruh buat solat istikharah lagi."
"So..kau nampak siapa?"
"Aku tak buat lagi."
"Kenapa tak buat?"
Ya..kenapa tak buat? Sebenarnya aku memang tak berani nak buat!

Bidadari Hujan 13

"Ooo..jadi kau ni suci lagi la ye? Alamak...ruginya.." Ketawa Rafique berderai. Aku merenung tajam..tanda minta berhenti dari mengata aku.
"Sorry..sorry..tapi kira tahan kau ye. Boleh buat tak tahu je. Kalau aku rasanya malam ketiga mesti rempuh jugak..." Ketawa Rafique masih belum berhenti.Malas betul aku nak layan Si Rafique ni!

Bidadari Hujan 14

Kupandang dia sekilas. Rambutnya panjang melepasi bahu. Aku rasa dia pakai baju tidur warna pic tapi sebahagian besar tubuhnya diselimuti dengan kain batik panjang. Mungkin dia masih malu nak menyerlahkan semuanya. Nasib baik!

Bidadari Hujan 15

"Nak pergi mana siap beg ni?" Dia cakap sorang-sorang.
Nak lari! Aku tengah 'tidur' pun dia nak soal!
"Dah siap ke barangnya ni?" Terdengar bunyi beg dibuka.Kubuka mata sedikit. Dia sedang menyelak-nyelak baju aku dalam beg. Rasa menggerutu dalam dada. Tengok tu..suka-suka hati je nak buka-buka beg orang. Tak serik!
"Kemeja dah gosok ke?"
Belum...aku gosok kat sanalah nanti.
"Ya Allah..."
Kubuka mataku lebih besar. Pasal?
"Banyaknya baju dia bawak. Nak pergi kursus ke nak pergi bertapa ni?"
Hampeh! Kutuk aku!
"Tuala pun bawak? Kat hotel kan dah ada?"
Bawa buat sparelah. Kalau tak de nanti nak lap pakai apa?
"Masya-Allah. Sabun pun nak angkut juga? Tak pernah tidur hotel ke dia ni?"
Shut up!